<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d4927121544213402522\x26blogName\x3dfaatinn\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://2009nurfatin3e4.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://2009nurfatin3e4.blogspot.com/\x26vt\x3d-5205517176063847379', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Sunday, October 3, 2010 @ 6:46 PM
Karangan

Tulis sebuah cerita mengenai suatu pertemuan yang berakhir dengan penyesalan.



Permualaan:
Kelembutan tabir sutera menguliti tubuhku sungguh menyenangkan. Akhirnya, hari yang mendebar-debarkan itu sudah tiba. Aku berasa sungguh gementar kerana hari ini merupakan hari pertama aku bekerja. Aku telah lama menunggukan saat ini kerana pekerjaan ini adalah pekerjaan idamanku. Sebaik sahaja aku memasuki pejabat, aku dikenalkan kepada kesemua rakan kerjaku. Antara mereka adalah si dia iatu Faris yang juga bekerja di jabatan sama sepertiku. Dia seorang yang peramah dan telah membuatku merasakan seolah-olah aku telah lama mengenalinya. Aku juga berasa selesa apabila bersamanya.



Konflik:
Pengurusku telah menyuruhku menangani suatu projek yang penting walaupun aku baru mula bekerja. Menurutnya, dia ingin memberiku peluang untuk menunjukkan kebolehanku. Walaupun aku tidak dibenarkan memberitahu apa-apa informasi mengenai projek ini sehinggalah hari penyampaian, aku terpaksa mengalah akibat desakan Faris.


Perkembangan konflik:
Aku kerap meminta bantuannya kerana aku ingin yang terbaik untuk projek pertamaku. Jikalau ia berhasil, ia akan memberi kesan yang baik terhadap diriku. Malangnya, aku tidak tahu bahawa dia juga bekerja untuk syarikat lain dan telah lama mahukan informasi mengenai projek yang ditanganiku. Tanpa ku sangka, dia telah menjual informasi-informasi ini kepada syarikatnya. Dia masih bekerja di sini kerana masih belum mendapat projek yang sangat penting iatu projek pertamaku.



Klimaks:
Malang tidak berbau. Semasa membuat penyampaian pertamaku, pengurusku mendapati bahawa informasiku sama seperti syarikat jiran. Soalan dibangkitkan dan ramai yang tertanya-tanya sama ada aku yang menjual informasi ini. Aku menjadi buntu. Bagaimana syarikat jiran tahu tentang projek ini? Tambahan pula, mereka tahu tentang kesemua informasi-informasi ini. Aku merenung matanya dengan seliratan tanda tanya.



Penutup/peleraian:
Kebenaranan akhirnya terbongkar dan semua rakan sekerjaku tahu bahawa Faris adalah perancang di sebalik perbuataan terkutuk ini. Aku sangkakan bahawa dia benar-benar ikhlas untuk menolongku, tetapi rupa-rupanya ada udang di sebalik batu. Aku sering tertanya-tanya, apa sebenarnya akan terjadi jikalau aku tidak menerima tawaran untuk bekerja di sini? Adakah aku akan masih bertemu dengan Faris dan hidup dengan perasaan kesal ini selamanya?
0 critics
Tanda Titik (.)



Tentang Dia

FATIN.

Sekolah Menengah East Spring.
Berbaju beige di kelas 2e4
14 . empatMEI

aku sayang dia

Pergi Jua

Yang Lepas

Credits