Pada Hari Kebangsaan yang baru lepas, saya telah menyaksikan smbutan itu melalui televisyen. Walaupun saya tidak berada di sana, saya dapat merasakan semangat warga-warga Singapura yang lain. Ramai orang telah ke sana untuk meraihkan hari jadi Singapura yang ke 44. Apabila malam menjelang, bunga api yang berwarna-warni menerangi langit gelap. Orang ramai menjadi ghairah dan ini menghangatkan lagi sambutan pada hari itu. Sambutan ini juga telah menyedarkan saya tentang keharmunian kaum. Tanpa harmoni, sambutan ini tidak akan terjadi.
Sebagai warga Singapura, saya berasa bangga akan perkembangan Singapura selama 44 tahun ini. Walaupun ia negara yang kecil, ia juga seperti negeri-negeri yang lain. Ia dapat mengatasi masalah-masalah yang dialami tanpa pertolongan negeri lain. Ini adalah satu pencapaian yang bagus memandangkan saiz Singapura.
Saya akan memastikan bahawa Singapura terus maju dan juga warga-warga Singapura yang lain. Mereka telah berkerja keras untuk memastikan bahawa Singapura terus maju. Tanpa mereka, tidak mungkin Singapura dapat mencapai sehingga ke tahap ini.
0 critics
Tanda Titik (.)