Suhailah Binte Anwar
12 Jalan Unak
Singapura 461012
20 Ogos 2010
Pengawai Perhubungan Awam Perpuastakaan Daerah Bedok 31 Bedok Central Singapura 46031 Tuan Kemudahan Yang Memuaskan Merujuk kepada perkara di atas, saya inginmelahirkan rasa puas hati saya mengenai kemudahan yang disediakan. Baru-baru ini, saya telah mengunjungi perpustakaan ini dan saya amat kagum dengan kemudahan yang disediakan. Terdapat beberapa komputer yang memudahkan pengguna untuk mencari buku. Malah, semasa saya mengunjungi, saya dapati bahawa orang ramai tidak perlu tunggu untuk jangka masa yang lama. Ini telah membuat saya berpuas hati kerana dengan adanya beberapa komputer, orang ramai juga akan berpuas hati kerana cepat dan mudahnya untuk mencari buku. Di sini juga terdapat ruang yang agak luas untuk orang berkerusi roda lalui. Selalunya, golongan ini akan menghadapi kesukaran untuk bergerak dari rak ke rak yang lain. Dengan adanya ruang yang luas, bukan sahaja memudahkan orang berkerusi roda, malah ia juga memudahkan orang-orang yang lain. Saya juga ingin mencadangkan beberapa aktiviti yang boleh dianjurkan. Antaranya adalah pertandingan bercerita. Mereka boleh mengarang cerita dan berpeluang untuk menang hadiah. Saya harap dengan cadangan ini, ramai pelajar akan membaca. Dengan ini saya ingin mengakhiri surat saya. Sekian. Terima kasih. Yang benar, SUHAILAH
0 critics
Tanda Titik (.)