Peperiksaan baru sahaja habis beberapa hari yang lalu. Akhirnya, kami mendapat keputusannya dan ia agak mengecewakan. Keputusan yang diperolehi tidaklah begitu bagus dan ia dibawah jangkaan saya.
Pada malam sebelum peperiksaan, saya telah mengulangkaji buat kali terakhir. Ini untuk memastikan bahawa saya sudah cukup bersedia untuk kertas seterusnya. Tetapi pada hari peperiksaan, saya menjadi gementar dan tidak dapat fikir dengan betul. Sekarang saya sedar bahawa saya harus bersiap sedia lebih awal dan bukan pada malam sebelum peperiksaan.
Saya juga akan bekerja dengan lebih keras lagi supaya saya dapat memperolehi markah yang lebih bagus. Saya tidak mahu mengecewakan ibu bapa saya yang telah bekerja keras untuk membiayai yuran sekolah dan juga mencari duit untuk buku sekolah saya.
0 critics
Tanda Titik (.)