<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d4927121544213402522\x26blogName\x3dfaatinn\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://2009nurfatin3e4.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://2009nurfatin3e4.blogspot.com/\x26vt\x3d-5205517176063847379', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Thursday, February 26, 2009 @ 3:31 AM
Pertahanan Mutlak

Mengapa Singapura memerlukan pertahanan mutlak?

Singapura sebagai negara yang kecil, tidak boleh mengharapkan negara lain untuk sentiasa memelindungi kita. Sebab itu, kita memainkan peranan penting dalam kelima-lima aspek pertahanan mutlak iatu sivik, ekonomik, sosial, tentera dan psikologi. Kita sebagai rakyat Singapura harus memastikan bahawa negara kita yang kecil ini akan sentiasa aman dan tidak mudah dijajahi musuh.

Walaupun kita tidak mampu untuk memiliki tentera-tentera yang besar seperti negara lain, kita masih tetap boleh mempertahankan negara kita. Pertahanan tentera memastikan bahawa musuh-musuh tidak mudah untuk menyerang Singapura.

Aspek-aspek yang lain juga penting. Pelbagai cabaran yang dihadapi dapat diatasi kerana semua rakyat faham akan erti pertahanan mutlak. Kita akan sentiasa berwaspada dan juga bersiap-sedia jikalau ada sesuatu yang berlaku. Dengan cara ini, negara kita akan aman dan damai.
0 critics
Tanda Titik (.)



Tuesday, February 24, 2009 @ 6:13 PM
Remaja dan jenayah

Semakin banyak jenayah yang berlaku di Singapura. Remaja juga sudah dinasihatkan agar tidak melibatkan diri dalam jenayah-jenayah tersebut.

Pada Isnin lalu, Encik Zulkarnain telah mengadakan sebuah ceramah mengenai jenayah-jenayah yang berlaku di Singapura. Kebanyakan jenayah ini melibatkan remaja-remaja. Remaja-remaja ini tidak memikirkan tentang masa hadapan mereka. Mereka hanya melakukan untuk suka-suka tetapi mereka tidak memikirkan akan akibatnya. Misalnya, mereka akan mempunyai rekod yang buruk jikalau mereka memasuki jel. Ini akan menyebabkan mereka sukar untuk mendapat perkerjaan.

Ada juga remaja yang melakukan jenayah pada umur 16 tahun. Mereka tidak dapat memasuki politeknik ataupun maktab rendah yang mereka mahu kerana sekolah-sekolah tersebut tidak boleh mempercayai mereka. Kawan-kawan bekas banduan itu juga akan menjauhkan diri daripadanya.

Pada pendapat saya, remaja-remaja ini harus memikir dua kali sebelum melakukan sesuatu. Mereka tidak akan dihormati orang lain disebabkan perbuataan-perbuataan yang pernah dilakukan. Mereka juga harus tahu tentang bahayanya jenayah tersebut.
0 critics
Tanda Titik (.)



Tuesday, February 3, 2009 @ 6:19 PM
Azam

Azam saya pada tahun ini adalah untuk mendapat markah yang cemerlang untuk pelajaran. Pada pendapat saya, ia bukan sukar untuk diubah jikalau saya rajin belajar. Misalnya, saya boleh meluangkan masa lapang saya untuk belajar mata pelajaran saya yang lemah.

Tentu ada beberapa sebab mengapa saya ingin mendapat markah yang cemerlang. Pertama, saya ingin membuat ibu bapa saya bangga. Walaupun saya di dalam kelas yang tidak sebeberapa bagus, saya tetap boleh berjaya dan mendapat markah bagus. Saya juga harus lebih berusaha dan lebih berdisiplin.

Kedua, saya ingin menjadi seorang yang lebih baik. Pada pendapat saya, saya harus berubah perangai saya ini untuk mencapai azam saya. Saya mahu menjadi anak yang baik kepada kedua ibu bapa saya. Saya sedar bahawa mereka telah membesarkan saya dan saya ingin membalas jasa budi mereka terhadap saya.

Bersikap positif juga akan banyak membantu dalam mencapai azam saya. Dengan sikap postif, saya dapat menenangkan minda dan juga menumpukan perhatian terhadap mata pelajaran saya yang lemah. Bahasa Inggeris, Melayu, Matematik dan Sains adalah mata pelajaran yang perlu saya meluangkan lebih masa belajar. Ini merupakan mata pelajaran yang penting bagi saya.

Akhirnya, saya ingin membuktikan kepada semua orang bahawa saya juga boleh berjaya. Walaupun ada yang lebih pandai dari saya, saya mahu menjadi seperti mereka.
2 critics
Tanda Titik (.)



Tentang Dia

FATIN.

Sekolah Menengah East Spring.
Berbaju beige di kelas 2e4
14 . empatMEI

aku sayang dia

Pergi Jua

Yang Lepas

Credits