<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d4927121544213402522\x26blogName\x3dfaatinn\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://2009nurfatin3e4.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://2009nurfatin3e4.blogspot.com/\x26vt\x3d-5205517176063847379', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Sunday, August 24, 2008 @ 3:04 AM
Faedah bersukan

Sukan. Apakah itu sukan? Menurut kamus dewan edisi keempat, sukan itu adalah segala kegiatan yang memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga seperti berenang, bola sepak, tenis dan lumba lari yang dilakukan sebagai acara hiburan. Oleh sebab-sebab ini, ramai orang berpendapat bahawa sukan dilakukan untuk menjaga berat badan sahaja. Namun, terdapat lebih lagi faedah-faedah bersukan. Mari kita menjelajahi aspek aspek faedah bersukan.

Sukan mempunyai banyak faedah-faedah. Pertama, bersukan dapat meningkat ekonomi sesebuah negara. Contohnya, sukan Olimpik. Ramai orang datang ke Beijing semata-semata untuk melihat sukan itu. Mereka juga akan memberi keuntungan kepada negeri itu kerana pelancung-pelancung yang melancung ke negeri itu akan membeli belah di sana. Secara tidak sengaja, ekonomi negara itu juga akan meningkat.

Kedua, bersukan dapat menghilangkan stress dan menenangkan minda. Apabila kami bersukan, ia akan membuat kami lebih aktif. Minda kami akan menjadi lebih tenang dan jikalau minda kami tenang, kami juga dapat menghilangkan stress.

Berdasarkan perbincangan yang telah dibentangkan, sukan banyak faedah-faedahnya.

Labels:

0 critics
Tanda Titik (.)



Saturday, August 9, 2008 @ 9:57 PM
Aku seekor panda gergasi

Photobucket Berwarna hitam dan putih. Itulah aku. Seorang panda gergasi atau lebih dikenali sebagai Giant Panda. Aku berasal dari China. Aku mempunyai ramai saudara, tetapi sekarang hanya segelintir sahaja yang tinggal. Walaupun warna kulitku tidak begitu menarik, tetapi manusia tetap membunuh kami. Aku hairan dengan perangai manusia ini. Mengapakah mereka tetap mebunuh kami walaupun kulit kami tidak begitu menarik? Walaupun 8 purnama sudah berlalu, kejadian itu masih segar di ingatanku.

Kelihatan tompok-tompok putih pada langit yang biru. Burung-burung berkicauan, meriahkan lagi suasana di hutan itu. Aku dan keluargaku pula sedang memakan daun buluh di tebing sungai. Kedengaran tapak kaki manusia menghampiri kami. Adikku yang baru berumur empat bulan itu berasa sungguh ghairah lalu berlari ke arah barat. Tiba-tiba, bunyi tembakan kedengaran di kejauhan. Kami semua menunggu kepulangan adik dengan penuh kesabaran, dengan harapan adik selamat. Kami tidak tahu bahawa apa yang akan menghampiri kami lebih dahsyat. Dengan secara tiba-tiba, sekumpulan pemburu muncul dari pokok-pokok yang berdekatan. Mereka membawa bangkai adikku! Apabila mereka melihat kami, mereka terus menembak tanpa belas ihsan.

Kami sekeluarga terus berlari. Malangnya, nasib tidak menyebelahi ibu kerana dia ditembak oleh pemburu-pemburu yang kejam itu. Entah mengapa, mereka tidak membunuh aku dan ayah. Mungkin mereka sudah penat, jawab hatiku yang kecil ini. Daripada celah-celah daun, kami dapat lihat bangkai ibu dan adik. Pemburu-pemburu itu berkata-kata dalam bahasa asing lalu beredar.

Walaupun ibu dan adik telah dibunuh, tetapi aku tahu bahawa adik tidak keseorangan kerana ibu telah menemaninya di atas. Sekarang tinggal aku dan ayah sahaja. Tidak lama lagi, mungkin nyawa ayah akan diambil sepertimana nyawa adik dan ibu diambil. Jikalau itu terjadi, aku tidak akan keseorangan kerana aku tahu mereka akan sentiasa berada di sisiku.






0 critics
Tanda Titik (.)



Tentang Dia

FATIN.

Sekolah Menengah East Spring.
Berbaju beige di kelas 2e4
14 . empatMEI

aku sayang dia

Pergi Jua

Yang Lepas

Credits